Pusat Bantuan

Apa yang anda perlukan bantuan?

πŸ”
πŸ‘€ Akaun
Macam mana nak daftar akaun Stayzign?β–Ύ
Pergi ke stayzign.com β†’ klik "Daftar Percuma" β†’ isi nama, email dan kata laluan anda β†’ klik Daftar. Akaun terus aktif. Tiada kad kredit diperlukan.
Macam mana nak log masuk?β–Ύ
Pergi ke stayzign.com β†’ klik "Log Masuk" β†’ masukkan email dan kata laluan anda. Jika betul, anda akan terus ke Dashboard.
Lupa kata laluan β€” macam mana nak reset?β–Ύ
Di halaman Log Masuk, klik "Lupa Kata Laluan?" β†’ masukkan email anda β†’ kami hantar link reset ke email anda. Klik link dalam email untuk tetapkan kata laluan baru. Link sah selama 1 jam.
Boleh tukar email akaun?β–Ύ
Buat masa ini, pertukaran email tidak disokong secara langsung. Hubungi kami melalui butang "Hantar Email" di bawah untuk bantuan.
Macam mana nak tukar nama atau nombor telefon?β–Ύ
Log masuk β†’ Dashboard β†’ Klik avatar atau nama anda β†’ Profil β†’ Edit maklumat anda β†’ Simpan.
🏠 Stay Card
Apa itu Stay Card?β–Ύ
Stay Card adalah halaman digital penginapan anda β€” seperti kad perniagaan versi digital yang boleh dihantar terus kepada bakal tetamu. Di dalamnya ada gambar penginapan, lokasi, kemudahan, FAQ, waktu check-in/check-out dan cara untuk menghubungi anda. Tetamu buka Stay Card melalui link anda, semak semua maklumat, dan terus hubungi anda jika berminat β€” tanpa perlu tanya satu persatu melalui WhatsApp.
Apa beza Stay Card dengan website biasa?β–Ύ
Website biasa mengambil masa lama untuk dibina, mahal untuk diselenggara, dan tidak direka khusus untuk owner penginapan jangka pendek. Stay Card boleh dimulakan dengan segera, percuma untuk bermula, dan direka khas untuk menjawab soalan tetamu β€” bukan untuk SEO atau jualan produk. Anda tidak perlu tahu apa-apa tentang web design untuk guna Stay Card.
Apa beza Stay Card dengan Linktree atau bio link biasa?β–Ύ
Linktree dan bio link hanyalah kumpulan pautan. Stay Card adalah profil penginapan yang lengkap β€” ada gambar galeri, kemudahan, FAQ interaktif, lokasi Google Maps, waktu check-in/out, dan butang WhatsApp terus. Tetamu dapat semua maklumat dari satu tempat, bukan perlu klik banyak link berbeza. Stay Card direka khas untuk penginapan, bukan untuk umum.
Macam mana tetamu menggunakan Stay Card?β–Ύ
Tetamu yang menerima link Stay Card anda boleh: (1) Tengok semua gambar penginapan, (2) Semak kemudahan yang ada, (3) Baca FAQ untuk soalan lazim, (4) Semak lokasi dan buka Google Maps terus, (5) Klik butang WhatsApp untuk hubungi anda. Semuanya dalam satu halaman, tanpa perlu download app atau daftar akaun.
Macam mana nak cipta Stay Card?β–Ύ
Log masuk β†’ Dashboard β†’ klik "+ Cipta Stay Card" β†’ ikut wizard langkah demi langkah dan publish bila sedia. Boleh dimulakan dalam beberapa minit dan dilengkapkan mengikut masa anda.
Macam mana nak publish Stay Card?β–Ύ
Selesaikan wizard sehingga Langkah 4 β†’ klik "Publish Sekarang". Stay Card anda terus live dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja melalui link anda. Pelan Free membenarkan 1 Stay Card live.
Macam mana nak kongsi link Stay Card?β–Ύ
Selepas publish, link anda adalah stayzign.com/s/nama-penginapan-anda. Salin link dari Dashboard β†’ hantar kepada bakal tetamu via WhatsApp, letak dalam bio Instagram atau TikTok, atau kongsi di Facebook.
Boleh edit Stay Card selepas publish?β–Ύ
Ya! Sebarang perubahan yang anda buat akan dikemaskini segera β€” tiada perlu publish semula. Pergi ke Dashboard β†’ klik "Edit" pada Stay Card anda.
Macam mana nak tambah gambar?β–Ύ
Dashboard β†’ Edit Stay Card β†’ Langkah 2: Gambar & Kemudahan β†’ Muat Naik Gambar. Format yang diterima: JPG, PNG, WebP. Saiz maks: 8MB setiap gambar. Pelan Free: sehingga 15 gambar.
Macam mana nak tambah FAQ?β–Ύ
Dashboard β†’ Edit Stay Card β†’ Langkah 3: Maklumat Tetamu β†’ bahagian FAQ. Anda boleh tambah soalan sendiri atau gunakan soalan standard yang disediakan.
Apa itu Stay Score?β–Ύ
Stay Score adalah markah kelengkapan Stay Card anda (0–100%). Semakin lengkap profil anda, semakin tinggi skor dan semakin dipercayai oleh tetamu. Tambah gambar, kemudahan, FAQ dan lokasi untuk naikkan skor.
Link Stay Card saya tidak boleh dibuka?β–Ύ
Pastikan Stay Card anda sudah "Published" (bukan Draf). Pergi ke Dashboard β€” jika status masih "Draf", klik butang Publish. Jika sudah published dan masih gagal, hubungi kami.
Boleh arkibkan Stay Card?β–Ύ
Ya. Dashboard β†’ klik "Arkib" pada Stay Card yang ingin dinyahaktifkan. Stay Card yang diarkibkan tidak boleh diakses oleh tetamu. Anda boleh pulihkan bila-bila masa.
πŸ›ŽοΈ Tempahan & Platform
Tempahan dibuat di mana?β–Ύ
Tempahan untuk penginapan anda masih dilakukan seperti biasa β€” melalui WhatsApp, telefon, atau platform tempahan anda sendiri seperti Airbnb, Agoda atau Booking.com. Stayzign tidak menerima atau memproses sebarang tempahan. Stayzign hanyalah halaman maklumat penginapan anda yang membantu bakal tetamu mendapatkan semua maklumat sebelum mereka menghubungi anda.
Adakah Stayzign mengambil komisen tempahan?β–Ύ
Tidak. Stayzign tidak mengambil sebarang komisen daripada tempahan anda. Anda menerima pertanyaan dan bayaran daripada tetamu secara terus β€” tiada perantara, tiada komisen. Stayzign hanya mengenakan bayaran berlangganan bulanan (jika anda upgrade ke plan Pro) β€” bukan komisen.
Apa beza Stayzign dengan Airbnb atau Agoda?β–Ύ
Airbnb dan Agoda adalah platform tempahan β€” tetamu cari penginapan, buat tempahan dan bayar melalui platform tersebut, dan platform ambil komisen. Stayzign pula adalah halaman maklumat penginapan anda β€” tetamu lihat gambar, kemudahan, lokasi dan FAQ, kemudian hubungi anda terus untuk tempahan. Stayzign tidak menggantikan Airbnb atau Agoda β€” malah anda boleh letak link Airbnb atau Agoda anda dalam Stay Card supaya tetamu boleh memilih cara tempahan yang mereka suka.
Macam mana tetamu menghubungi saya selepas buka Stay Card?β–Ύ
Selepas tetamu buka Stay Card anda, mereka boleh: (1) Klik butang WhatsApp untuk terus chat dengan anda, (2) Klik butang Telefon jika anda letak nombor telefon, (3) Klik link Airbnb atau Agoda anda untuk buat tempahan melalui platform tersebut, atau (4) Klik Google Maps untuk semak lokasi. Semua cara menghubungi anda adalah dalam Stay Card β€” satu tempat, mudah.
Boleh saya letak link Airbnb atau Agoda dalam Stay Card?β–Ύ
Ya! Dalam wizard cipta Stay Card (Langkah 3: Maklumat Tetamu), ada bahagian "Tempahan" di mana anda boleh letak link listing Airbnb, Agoda, Booking.com, Traveloka dan lain-lain. Tetamu yang buka Stay Card anda boleh terus klik ke platform tersebut untuk buat tempahan rasmi.
Apa itu Koleksi (Collection Page)?β–Ύ
Koleksi adalah halaman khas yang menyenaraikan semua penginapan anda dalam satu tempat β€” berguna jika anda ada lebih daripada satu penginapan. Contoh: anda ada 3 chalet β€” tetamu boleh buka satu link sahaja dan lihat semua 3 chalet anda sekaligus. Koleksi tidak wajib digunakan β€” jika anda hanya ada satu penginapan, Stay Card biasa sudah mencukupi.
πŸ“‹ Polisi
Di mana boleh baca Dasar Privasi Stayzign?β–Ύ
Dasar Privasi kami boleh dibaca di stayzign.com/privacy.php β€” ia menerangkan bagaimana kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat anda.
Di mana boleh baca Terma Perkhidmatan?β–Ύ
Terma Perkhidmatan boleh dibaca di stayzign.com/terms.php β€” sila baca sebelum menggunakan platform.
Adakah maklumat saya selamat?β–Ύ
Ya. Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Gambar yang dimuat naik hanya dipapar dalam Stay Card anda.
Macam mana nak padam akaun?β–Ύ
Hubungi kami melalui email di bawah untuk meminta pemadaman akaun. Semua data anda akan dipadam dalam masa 14 hari bekerja.
πŸ’¬

Masih perlukan bantuan?

Tim kami sedia membantu dari Isnin–Jumaat, 9am–6pm (Waktu Malaysia).

Biasanya dibalas dalam masa 2 jam pada hari bekerja